TOPIK 1 : KATA GANTI NAMA DIRI

 

TOPIK 1 : KATA GANTI NAMA DIRI

 

1. Maksud :

Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

 

2. Jenis: Terbahagi kepada 3 jenis:

a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).

b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)

c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

 

3. Bilangan penutur / pendengar:

a. Tunggal (seorang)

b. Jamak (lebih daripada seorang)

 

4. Golongan pengguna:

a. Masyarakat Moden

b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)

c. Masyarakat Istana / Bangsawan

 

5. Contoh Kata Ganti Nama Diri

a. Kata Ganti Nama Diri Pertama  menggantikan nama diri orang yang bertutur.

Kata Ganti Diri Pertama

Penggunaannya

aku (tunggal)

Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan

(keakraban)

saya (tunggal)

Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau

dalam suasana rasmi.

hamba (tunggal)

Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.

patik (tunggal)

Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.

beta (tunggal)

Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.

kami (tunggal)

Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap

dengan orang kedua.

kita (tunggal)

Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

 

b. Kata Ganti Nama Diri Kedua  menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.

Kata Ganti Diri Kedua

Penggunaannya

anda (tunggal dan

jamak))

Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.

awak (tunggal)

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.

engkau (tunggal)

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan

dengan Tuhan juga (Engkau)

Tuan hamba (tunggal)

Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri

pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri

kedua)

tuanku (tunggal)

Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.

kalian (tunggal)

Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.

kamu (tunggal dan

jamak)

Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.


c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga  menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang diceritakan halnya tidak hadir)

Kata Ganti Diri Ketiga

Penggunaannya

baginda (tunggal)

Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.

beliau (tunggal)

Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan

pemimpin.

Dia dan ia (tunggal)

Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

mereka (tunggal)

Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

 

1. Bentuk kesilapan:

SALAH

BETUL

Kami tidak harus mengalah sebelum perlawanan

bermula,” kata Murthi kepada Azrul.

Kita tidak harus mengalah sebelum perlawanan

bermula,” kata Muthi kepada Azrul.

Kereta itu sungguh mahal kerana ianya diimport

dari Jepun.

Kereta itu sungguh mahal kerana diimport dari

Jepun.

Beliau diberkas kerana terlibat dalam kes

penipuan.

Dia diberkas kerana terlibat dalam kes penipuan.

Hamba mohon maaf atas kesalahan hamba,” kata

Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.

Patik mohon maaf atas kesalahan patik,” kata

Paduka Ali kepada Sultan Mansor Syah.

Kakitangan syarikat ini sedia menolong engkau.

Kakitangan syarikat ini sedia menolong anda.

Saya ingin berjumpa dengan ia.

Saya ingin berjumpa dengannya.

Mereka-mereka sedang bermain bola di padang.

Mereka sedang bermain bola di padang.

 

2. Ringkasan:

Kata Ganti Nama Diri

Tunggal

Bilangan Banyak / Jamak

Diri Pertama (penutur)

aku saya patik

hamba

kami kita

Diri Kedua (pendengar)

awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuanku

tuan hamba

awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik

cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua

kalian

Diri Ketiga (orang yang diceritakan halnya)

Dia Ia

Beliau

Baginda

mereka



Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 3 : KATA BILANGAN