TOPIK 3 : KATA BILANGAN

TOPIK 3 : KATA BILANGAN

 

1. Maksud:

Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama : orang, binatang, benda atau perkara.

 

2. Contoh Kata bilangan

 

Jenis Kata Bilangan

Contohnya

Kata bilangan tentu

1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.

2. Boleh diikuti oleh penjodoh bilangan

Satu, dua, tiga, dan seterusnya Contoh ayat: Dua ekor kambing.

Kata bilangan tak tentu. (Menunjukkan bilangan yang tidak tentu)

Beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah, dan sebagainya.

Contoh ayat: Segala maklumat akan dikumpulkan.

Kata bilangan pecahan. (Menunjukkan bilangan berbentuk

pecahan)

Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya. Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa murid tahun enam

yang hadir ke majlis itu.

Kata bilangan pisahan.

(Menunjukkan bilangan yang berpisah)

Setiap, tiap-tiap.

Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.

Kata bilangan himpunan. (Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan)

Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan sebagainya.

Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan berpuluh-puluh

bakul durian setiap tahun.

Kata bilangan tingkat.

(Menunjukkan giliran atau urutan dalam

sesuatu jumlah)

Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.

Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam

peraduan lukisan.

 

3. Kesilapan kata bilangan:

a. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang menggunakan kata bilangan tentu.

SALAH

BETUL

Tiga motosikal itu berjenama Honda.

Tiga buah motosikal itu berjenama Honda.

Dua ribu telur ayam telah direbus untuk majlis

kenduri.

Dua ribu biji telur ayam telah direbus untuk majlis

kenduri.

Seratus calon telah menghadiri seminar UPSR.

Seratus orang calon telah menghadiri seminar

UPSR.

 

 

b. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang membawa maksud jamak (banyak).

SALAH

BETUL

Tiga puluh meja-meja di dalam bilik darjah kami

telah rosak.

Tiga puluh meja di dalam bilik darjah kami telah

rosak.

Empat pekerja-pekerja kilang terbunuh dalam

kemalangan jalan raya.

Empat pekerja kilang terbunuh dalam kemalangan

jalan raya.

Lapan ratus pelancong-pelancong asing diraikan

dalam majlis yang gilang-gemilang.

Lapan ratus pelancong asing diraikan dalam majlis

yang gilang-gemilang.


c. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak serupa  beberapa.

SALAH

BETUL

Amran membeli beberapa buku cerita.

Amran membeli beberapa buah buku cerita.

(Tatabahasa Dewan m.s 197)

Para orang peniaga di pasar malam diseru agar

mengutamakan kebersihan.

Para peniaga di pasar malam diseru agar

mengutamakan kebersihan.

Sesetengah buah bas persiaran beroperasi secara

haram.

Sesetengah bas persiaran beroperasi secara

haram.

 

d. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu.

SALAH

BETUL

Kebanyakan guru-guru hadir dalam mesyuarat

kurikulum sekolah.

Kebanyakan guru hadir dalam mesyuarat

kurikulum sekolah.

Semua surat-surat telah dihantar kepada para

tetamu.

Semua surat telah dihantar kepada para tetamu.

Sebahagian daripada pekerja-pekerja warga

asing masuk ke negara ini secara haram.

Sebahagian daripada pekerja warga asing masuk

ke negara ini secara haram.

 

e. Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.

SALAH

BETUL

Kedua buah pulau di negara ini mempunyai batu

karang yang paling cantik di dunia.

Kedua-dua buah pulau di negara ini mempunyai

batu karang yang paling cantik di dunia.

Antara kedua tugas, yang manakah lebih mudah?

Antara kedua-dua tugas, yang manakah lebih

mudah?

Berbagai isu-isu dibincangkan dalam mesyuarat

Persatuan Ibu dan Bapa.

Berbagai-bagai isu dibincangkan dalam mesyuarat

Persatuan Ibu dan Bapa.

 

f. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan himpunan.

SALAH

BETUL

Ketiga-tiga anak Pak Halim menuntut di luar

negara.

Ketiga-tiga orang anak Pak Halim menuntut di luar

negara.

Beratus-ratus sate dihidangkan untuk pelancong

dari Jepun.

Beratus-ratus cucuk sate dihidangkan untuk

pelancong dari Jepun.

Beribu-ribu cakera padat tiruan dirampas dalam

operasi pihak berkuasa.

Beribu-ribu keping cakera padat tiruan dirampas

dalam operasi pihak berkuasa.

 

 

g. Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.

SALAH

BETUL

Para-para petugas di pameran buku sedia

memberikan bantuan kepada pengunjung.

Para-para petugas di pameran buku sedia

memberikan bantuan kepada pengunjung.

*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati seperti penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu.

 

h. Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.

SALAH

BETUL


Berbagai acara diadakan dalam karnival jualan

murah.

Berbagai-bagai acara diadakan dalam karnival

jualan murah.

Tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra

pekerjanya.

Tiap-tiap pelanggan yang berkunjung ke restoran itu pasti berpuas hati dengan layanan mesra

pekerjanya.

 

i. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk menghitung sesuatu kata nama ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.

Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang seperti mayat tidak perlu didahului oleh penjodoh bilangan.

SALAH

BETUL

Peserta pertandingan pidato diberi masa lima

buah minit sahaja.

Peserta pertandingan pidato diberi masa lima minit

sahaja.

Beberapa buah bahagian rumah pangsa itu telah

retak.

Beberapa bahagian rumah pangsa itu telah retak.

Tiga orang mayat mangsa lemas dijumpai

terdampar di pantai.

Tiga mayat mangsa lemas dijumpai terdampar di

pantai.

 

j. Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan.

 

SALAH

BETUL

Harga daging itu lapan setengah ringgit sahaja.

Harga daging itu lapan ringgit setengah sahaja.

Saya menunggu awak sudah dua setengah jam.

Saya menunggu awak sudah dua jam setengah.



Comments